MaSa-iTu-EmAs

-Mai-Sembang-


ShoutMix chat widget

lagu tema pas

YA ALLAH YA TUHAN KU

Maafkan aku ya allah, aku lemah dalam rakusan nafsu ..maafkan aku wahai roh-roh jihad Palestine! maafkan aku wahai anak-anak Gaza..hanya ini yang dapatku nyatakan..dan berikan..moga pengunjung blog sampaikan al-fatihah untuk yang pergi menemuiMu dan doa kemenangan untuk perjuangan anak-anak Gaza.....air mataku terus menitis..

Wednesday, February 17, 2010

matlamat x menghalalkan cara

Kali ini isu tamrin muncul kembali dlm pemikiran sy. Satu isu yg telah lama mati dlm hidup sy tiba2 dihidupkan kembali melalui perbualan dgn seorg kawan. Seperti biasa, sy tdk suka sesuatu perkara hanya berlegar2 dlm kepala sy shj, meluahkannya di dlm blog boleh meringankan tekanan dan membuka ruang utk pemikiran sy diperbetulkan oleh org lain.

Agenda utama tamrin ialah ukhwah dan tarbiyah. Antara objektifnya ialah utk melahirkan insan yg baik, cekal, tabah serta sedar diri ttg tanggungjawab terhadap agama. Berdasarkan objektif ini, kita katakan tamrin ialah suatu program yg baik dan berfaedah. Tetapi masalah timbul dari sudut pelaksanaan. Ini yg mencacatkan kesempurnaan agenda tamrin. Sehingga mereka sanggup melakukannya dgn cara yg salah dan mghalalkannya pula atas nama tarbiyah. Alasannya ialah kita mesti melihat kpd perkara yg lbh besar, untuk mencapai perkara yg lbh besar itu maka kita mesti bertoleransi dgn kesalahan2 kecil yg lain.

Secara umumnya kesalahan boleh dibahagikan kpd dua; iaitu kesalahan yg berbentuk kesilapan dan kesalahan yg berbentuk dosa. yang berbentuk kesilapan adalah spt kesalahan dlm menjawab kertas peperiksaan, dan ini bukanlah suatu yg memberi efek langsung kpd kehidupan akhirat kita. Tetapi kita menekankan ttg kesalahan yg menghasilkan dosa. Kita diharamkan melakukan dosa sekalipun atas agenda atau matlamat kebaikan. Maka haram mencuri wlaupun berniat utk menyedekahkan kesemua hasil curian itu kpd org miskin.

Antara aktiviti yg sinonim dgn tamrim ialah sesi taaruf (sengaja disengetkan, sesuai dgn pelaksanaannya yg senget) dan sesi muhasabah. Agenda kedua2 sesi ini ialah utk meruntuhkan ego dan menyedarkan peserta ttg kekurangan ilmu dan kelemahan diri. Di sinilah peserta dimalukan, dihina, dimarahi dan diperkecil-kecilkan atas nama tarbiyah. Walhal perbuatan menghina, memalukan dan memanggil seseorg dgn gelaran2 yg tdk elok adalah jelas bertentangan dgn dalil quran.

“Haadi i orang2 yg beriman, jgnlah sekumpulan org lelaki merendahkan kumpulan yg lain, boleh jyg ditertawakan itu lebih baik dari mereka. Dan jgn pula sekumpulan perempuan merendahkan kumpulan lainnya, boleh jadi yg direndahkan itu lebih baik. Dan jgnlah suka mencela dirimu sendiri dan jgn memanggil dgn gelaran yg mengandungi ejekan. Seburuk2 panggilan adalah (panggilan) yg buruk sesudah beriman dan barangsiapa yg tdk bertaubat, maka mereka itulah orang2 yg zalim.” (Al-Hujurat : 11)

Maka atas agenda apa sekalipun, haram utk kita menghalalkan apa yg telah dilarang oleh Allah, melainkan adanya darurat.

Ada yg tdk mahu mengalah dgn mengatakan ini modul yg dibuat oleh ustaz. Saya katakan; walaupun dia ustaz, dia tuan guru, dia imam yg besar...dia wajib mendatangkan dalil terhadap apa yg dia rancang. Jika tdk, segala rancangannya itu hanyalah suatu pendapat yg tdk sunyi drp salah dan silap. Dalam masalah ini jelas, dalil quran lbh kuat drp pandangan ustaz.

Jgnkan dari segi dalil quran, dari segi penilaian manusia pun kita tahu ia salah. Adakah manusia yg bodoh utk bersetuju dgn perbuatan menghina dan memalukan org lain? Di depan khalayak ramai pulak tu. Ini soal maruah diri, mesti dipertahankan. Kata mereka ini semua bertujuan utk meruntuhkan ego. Bacul lah sesiapa yg mampu meruntuhkan egonya ketika org lain sedang mempermain-mainkannya. Setiap manusia mempunyai ego. Ego berfungsi utk mempertahankan maruah diri drp diperkotak-katikkan oleh org lain. Ego itu bukan utk diruntuhkan, ia utk dikawal dan dijaga. Sudah tdk ada jalan lainkah utk para dai’e melahirkan produk2 baru tanpa melakukan sesuatu yg bercanggahan dgn syarak?

Ini masalah prinsip. Seorang muslim yg baik tdk akan berkompromi sama sekali dlm hal2 yg bercanggah dgn syariat. Yang halal telah jelas, yg haram pun telah terang. Ini agama Allah, Dia yg menentukan hukum, kita sekadar terima dan ikut.

“Dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan takwa, dan jangan tolong menolong dalam berbuat dosa dan perlanggaran. Dan bertakwalah kamu kepada Allah. Sesungguhnya Allah amat berat siksa-Nya.” (Al-Maidah : 2)

Berdasarkan dalil di atas, bolehkah sy katakan sesiapa yg bersubahat dlm menjayakan misi memalukan dan menghina sesama muslim ini akan mendapat ganjaran sesuai dgn keterlibatannya? Walau sekecil mana pun peranan mereka. Wallahua’lam.

No comments: