MaSa-iTu-EmAs

-Mai-Sembang-


ShoutMix chat widget

lagu tema pas

YA ALLAH YA TUHAN KU

Maafkan aku ya allah, aku lemah dalam rakusan nafsu ..maafkan aku wahai roh-roh jihad Palestine! maafkan aku wahai anak-anak Gaza..hanya ini yang dapatku nyatakan..dan berikan..moga pengunjung blog sampaikan al-fatihah untuk yang pergi menemuiMu dan doa kemenangan untuk perjuangan anak-anak Gaza.....air mataku terus menitis..

Thursday, July 30, 2009

TANDA-TANDA NAK MATI

TANDA-TANDA NAK MATI

100 HARI: Seluruh badan rasa bergetar
Semua orang islam akan merasai tanda ini.Cuma sedar atau tidak saja yang menjadi penentu.Jika orang islam itu baik amalannya insya Allah dia akan sedar akan hal ini.


60 HARI Pusat rasa bergerak-gerak
Tanda ini akan berlaku selepas waktu asar

40 HARI orang yang akan mati itu akan merasa atau nampak kehadiran malaikatul maut. mereka akan kelihatan runsing
Pada hari ini daun dengan nama orang yang akan mati di Arash akan jatuh dan malaikat maut pun datang kepada orang dengan nama tersebut lalu mendampinginya sehingga saat kematiannya.

7 HARI Mengidam makanan
Hal ini juga boleh berlaku kepada org yang sakit.Selalunya orang yang sakit tidak banyak makan. Tetapi pada hari itu,orang sakit itu kuat makan dan mengidam bermacam2 makanan.

5 HARI Anak lidah bergerak-gerak
Pada hari ini kerisauan akan jelas kelihatan pada wajah atau tingkah lakunya.

3 HARI Bahagian tengah dahi bergerak-gerak
Jika terasa tanda ini ,eloklah kita berpuasa selama tiga hari agar mudah pengurusan jenazah kita.

2 HARI Seluruh dahi rasa bergerak-gerak
Pada hari ini eloklah kita melakukan amal ibadat sebanyak2nya agar kita mendapat rahmatNYA (ALLAH).

1 HARI Terasa bahagian ubun bergerak-gerak di antara waktu Subuh dan Asar
SAAT AKHIR Terasa sejuk dari bahagian pusat hingga ke tulang Solbi ( di bahagian belakang badan)
Bila Malikat menyabut Nyawa Baginda Rasullullah S.A.W bersabda :
“ Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu kumpulan malaikat ke dalam lubang-lubang kecil dalam badan dan kemudian mereka menarik rohnya melalui kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai ke lutut.. “
“ Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik roh dari lutut hingga sampai ke perut dan kemudiannya mereka keluar.”
“ Datang lagi satu kumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik rohnya dari perut hingga sampai ke dada dan kemudiannya mereka keluar.”
“ Dan akhir sekali datang lagi satu kumpulan malaikat masuk dan menarik roh dari dadanya hingga sampai ke kerongkong dan itulah yang dikatakan saat nazak orang itu.”
Sambung Rasullullah S.A.W lagi… “ Kalau orang yang nazak itu orang yang beriman, maka malaikat Jibril A.S akan menebarkan sayapnya yang di sebelah kanan sehingga orang yang nazak itu dapat melihat kedudukannya di syurga. Apabila orang yang beriman itu melihat syurga, maka dia akan lupa kepada orang yang berada di sekelilingnya. Ini adalah kerana sangat rindunya pada syurga dan melihat terus pandangannya kepada sayap Jibrail A.S.”
“ Kalau orang yang nazak itu orang munafik, maka Jibrail A.S akan menebarkan sayap di sebelah kiri. Maka orang yang nazak itu dapat melihat kedudukannya di neraka dan dalam masa itu orang itu tidak lagi melihat orang di sekelilingnya. Ini adalah kerana terlalu takutnya dia apabila melihat neraka yang akan menjadi tempat tinggalnya.”